Articles
Selepas enam bulan tamat tempoh pemberian, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan pengecualian pembayaran balik sebanyak 25% daripada pinjaman jika mereka memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang menurut syarat-syarat yang ditetapkan
Pelajar-pelajar yang gagal / diberhentikan atau meninggalkan pengajian sebelum tamat khusus pengajian dikehendaki membayar balik dengan serta merta semua pinjaman yang diterima
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN KELANTAN
| TUNAI | : | Boleh dibuat di kaunter pembayaran, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Tingkat 5, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. |
| KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF | : | Hendaklah ditulis di atas nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya. |
| POTONGAN GAJI |
: | Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di Yayasan Kelantan Darulnaim atau boleh muatturun di sini. Pihak YAKIN akan menguruskan urusan pemotongan gaji. Download Borang |
| PERBANKAN | : | Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran: i) CIMB - http://www.cimbclicks.com.my. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 dikenakan tidak termasuk jumlah bayaran balik pinjaman bagi setiap kali transaksi dilakukan. Atau ; Boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut melalui kaunter BSN dengan menggunakan Borang Deposit (SIMP-1) dan terus dikreditkan ke Akaun Korporat Yakin bernombor : 03550-41-00001306-9 Caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 dikenakan tidak termasuk jumlah bayaran balik pinjaman |
|
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
|
:
|
Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan Yayasan Kelantan Darulnaim. |




