YAKIN menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf mengikut kadar pinjaman tertentu. Sila klik Maklumat AM untuk mengetahui syarat-syarat serta cara-cara memohon Pinjaman YAKIN
Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.
Bahagian Pinjaman YAKIN bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Cara Bayaran.
Bagi memudahkan pembayaran balik pinjaman pelajaran YAKIN, peminjam boleh membuat pembayaran melalui Potongan Gaji dan Potongan KWSP
YAKIN menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Katalog Data Terbuka
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut: ![]() Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut. |
Kebebasan Maklumat diwujudkan bertujuan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh YAKIN melalui permohonan yang dikemukakan.
Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana YAKIN boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Yayasan Kelantan Darulnaim di talian terus 09-7446127 atau e-mel yakin_ykd@kelantan.gov.my
Borang Permohonan![]() |
Perkhidmatan Online |
![]() |
FAQ Soalan Lazim |
![]() |
W3C Kemudahan kepada pengguna kurang upaya |
[imbas untuk tatapan versi telefon]
Email Rasmi: yakin_ykd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Email Bahagian Pelajaran : yakin_pelajaran[at]yahoo[dot]com
Hantar keputusan peperiksaan anda di:
yakin.result[at]gmail[dot]com