merah biru Emas Hijau

A- A A+

Capaian Pelajar

Program Pinjaman Pendidikan

Icon 03

Menerajui Pendidikan Negeri Kelantan

YAKIN menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf mengikut kadar pinjaman tertentu. Sila klik Maklumat AM untuk mengetahui syarat-syarat serta cara-cara memohon Pinjaman YAKIN

Bantuan Pendidikan

Icon 03

Bantuan Kepada Anak Kelantan

Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.

Bayaran Balik Pinjaman

Icon 03

Bayaran Balik

Bahagian Pinjaman YAKIN bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Cara Bayaran.
Bagi memudahkan pembayaran balik pinjaman pelajaran YAKIN, peminjam boleh membuat pembayaran melalui Potongan Gaji dan Potongan KWSP

  • YAKIN menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Katalog Data Terbuka

    Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut:
    Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

  • Kebebasan Maklumat diwujudkan bertujuan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh YAKIN melalui permohonan yang dikemukakan.

    Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana YAKIN boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

    1. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
    2. Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan

    Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Yayasan Kelantan Darulnaim di talian terus 09-7446127 atau e-mel yakin_ykd@kelantan.gov.my

    Borang Permohonan

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN ( IJAZAH PERTAMA) KEPADA PELAJAR YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI KURSUS PENGAJIAN ISLAM, BAHASA ARAB, ULUM ISLAMIAH, QIRAAT, PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI SESI 2018 / 2019


 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat Negeri Kelantan Darulnaim yang lahir dan bermastautin di Negeri Kelantan yang berkelayakan bagi mendapat pinjaman pelajaran YAKIN untuk mengikuti kursus pengajian peringkat IJAZAH PERTAMA bagi sesi pengajian 2018/2019. Pengkhususan yang ditaja adalah sebagaimana berikut :-

 

Bil

Negara

Kursus Yang Ditaja

1.

Mesir

Maahad Qiraat  [ Tahun 1 – 4 ]

Pengajian Islam, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat  [ Bermula Tahun 3 ]

Bahasa Arab  [ Bermula Tahun 1 Pengajian ]

Perubatan, Pergigian & Farmasi  [ Bermula Tahun 1 Pengajian ]

[ Hanya calon-calon yang berdaftar dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).  Keutamaan bagi pelajar-pelajar sekolah di bawah kelolaan YIK  ]

2.

Indonesia

Pengajian Islam, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat [ Tahun 1 – 4 ]

Perubatan, Pergigian & Farmasi  [ Bermula Tahun 1 Pengajian ]

3.

Jordan

Pengajian Islam, Bahasa Arab, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat .

[ Bermula Tahun 2 Pengajian ]

 

 >>>>iklan pautan di sini untuk iklan penuh<<<<<<

>>>>Muat turun BORANG PINJAMAN LUAR NEGARA di sini <<<<<

Capaian Pantas

Perkhidmatan Online
Statistik perkhidmatan online 2018
Statistik Perkhidmatan Online 2017

   FAQ
Soalan Lazim
W3C
Kemudahan kepada pengguna kurang upaya

Kata Kunci

Your browser doesn't support this tag cloud

Hubungi Kami


[imbas untuk tatapan versi telefon]

Email Rasmi: yakin_ykd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Email Bahagian Pelajaran : yakin_pelajaran[at]yahoo[dot]com
Hantar keputusan peperiksaan anda di:
yakin.result[at]gmail[dot]com

MyGovernment 1 Malaysia MSC Malaysia Yayasan Johor Yayasan Melaka Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Pahang Yayasan Perak Yayasan Wilayah Persekutuan Yayasan Sabah Yayasan Sarawak Yayasan Selangor Yayasan Terengganu