merah biru Emas Hijau

A- A A+

Capaian Pelajar

1. Bagaimana cara untuk memohon pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian di mana-mana IPTA, boleh membuat permohonan mulai Jun setiap tahun bagi ( Dalam Negara ), dan bermula Ogos bagi (Luar Negara) bergantung pada iklan yang akan disiarkan dengan langkah berikut:-

i) Dapatkan borang pinjaman pelajaran di Kaunter Pejabat YAKIN;

ii) Isi sebagaimana yang dikehendaki dan hantar ke alamat seperti berikut:-


Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Tingkat 5, Kompleks YAKIN,
Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan

 

2. Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) ? 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia peranakan Kelantan.
  • Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat Pengajian / Sedang menuntut di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Luar Negara.
  • Lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun bagi Ijazah pertama
  • Pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 & 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan jika mencapai CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf
  • Belum ditaja oleh mana-mana penaja lain 

 

3. Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pelajaran YAKIN?

Bayaran balik pinjaman akan dituntut enam (6) bulan dari tarikh pelajar tamat kurniaan pelajaran YAKIN dan bayaran balik dibuat secara ansuran bulanan.

 

4. Bagaimanakah jika pelajar gagal membayar balik pelajaran YAKIN dan apakah tindakan yang akan diambil ke atas pelajar?

Sekiranya pelajar gagal mematuhi arahan tuntutan bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan surat peringatan dikeluarkan dan pihak penjamin-penjamin akan dihubungi untuk membantu mengesan pelajar. Jika kesemua pihak tidak dapat membantu maka YAKIN akan mengambil tindakan perundangan ke atas pelajar berserta penjamin-penjamin.

 

5. Apakah sebab-sebab yang membolehkan YAKIN menahan bayaran pinjaman pelajar di IPT?

Bayaran pinjaman kepada pelajar di IPTA dibolehkan ditahan atas sebab-sebab di bawah :-

•  Tidak menghantar keputusan peperiksaan setiap semester kepada pihak YAKIN;
•  Menangguh pengajian;
•  Mendapat dua (2) penaja dalam satu masa;
•  Gagal dalam pelajaran.

6. Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak YAKIN?

Alamat:  Yayasan Kelantan Darulnaim

             Tingkat 5, kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati, 

             15000 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: +097446127

Emel:      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

              Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ( Berkenaan dengan pinjaman pelajaran )

 

 

Capaian Pantas

Perkhidmatan Online
Statistik perkhidmatan online 2018
Statistik Perkhidmatan Online 2017

   FAQ
Soalan Lazim
W3C
Kemudahan kepada pengguna kurang upaya

Kata Kunci

Your browser doesn't support this tag cloud

Hubungi Kami


[imbas untuk tatapan versi telefon]

Email Rasmi: yakin_ykd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Email Bahagian Pelajaran : yakin_pelajaran[at]yahoo[dot]com
Hantar keputusan peperiksaan anda di:
yakin.result[at]gmail[dot]com

MyGovernment 1 Malaysia MSC Malaysia Yayasan Johor Yayasan Melaka Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Pahang Yayasan Perak Yayasan Wilayah Persekutuan Yayasan Sabah Yayasan Sarawak Yayasan Selangor Yayasan Terengganu

  • Tarikh Kemaskini: Rabu 14 November 2018.

Hakcipta © 2014. Yayasan Kelantan Darulnaim.