merah biru Emas Hijau

A- A A+

Capaian Pelajar

Pinjaman Pelajaran

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YAKIN.

Peringkat Pengajian yang Ditaja

  1. Ijazah Pertama / Diploma / Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA ]
  2. Ijazah / Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah ]
  3. Ijazah Pertama Universiti-universiti / Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf JPA di luar negara (Mesir, Jordan, Indonesia).

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan)
  2. Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi Tempatan / Luar Negeri.
  3. Lulus dengan baik peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia.
  4. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan bagi khusus-khusus Ijazah Pertama.
  5. Pelajar-pelajar universiti yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

Cara Memohon

  1. Permohonan untuk Universiti / Institusi Pengajian Tinggi dalam negeri boleh dibuat bila iklan dipelawa.Borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi YAKIN. Borang yang dipenuhi beserta dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, Sijil Beranak dan Sijil-sijil Persekolahan hendaklah dikembalikan kepada YAKIN dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  2. Permohonan pinjaman pelajaran ke Luar Negara dibuat bila iklan dipelawa. Borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi YAKIN. Borang yang telah dipenuhi beserta salinan sijil-sijil / keputusan peperiksaan hendaklah dikembalikan ke Pejabat YAKIN

Perjanjian

  1. Pelajar yang menerima tawaran pinjaman hendaklah menandatangani surat perjanjian, tetapi mereka tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan kecuali untuk kursus Bahasa Arab di Mesir.

Capaian Pantas

Perkhidmatan Online
Statistik perkhidmatan online 2018
Statistik Perkhidmatan Online 2017

   FAQ
Soalan Lazim
W3C
Kemudahan kepada pengguna kurang upaya

Kata Kunci

Your browser doesn't support this tag cloud

Hubungi Kami


[imbas untuk tatapan versi telefon]

Email Rasmi: yakin_ykd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Email Bahagian Pelajaran : yakin_pelajaran[at]yahoo[dot]com
Hantar keputusan peperiksaan anda di:
yakin.result[at]gmail[dot]com

MyGovernment 1 Malaysia MSC Malaysia Yayasan Johor Yayasan Melaka Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Pahang Yayasan Perak Yayasan Wilayah Persekutuan Yayasan Sabah Yayasan Sarawak Yayasan Selangor Yayasan Terengganu